Monday, January 31, 2011

Singapore chili crab..nyum..nyum..

Bismillah...& assalamualaikum..
Ni n3 tertunda...saje jer utk record sendiri. If tahap kerajinan menghapdet belog menjulang tinggi ni better ai grab haha....so ai letak lah menu lunch ai & hubi last friday...Singapore Chili Crab... ai ni tukang masak amatur so tak pasti lak apsal dipanggil singapore maybe resepi ni asal from singapore kot.....huhu... Resepi ni ai cNp dari belog pakar masakan cik mat gebu kat sini

Thank you cik MG...marbeles...ai n mr. hubi jer yang membelasah hampir 2kg si crab ni..huhuhu...ingat nak bawak lik kg tapi ketam2 ni macam nak membusuk kan diri jer...so better dikorbankan sebelum terkorban masuk tong sampah.
Mesti mengucap en MG tengok resepi dia jadi macam ni tak selawo dlm belog dia hahaha...inilah hasil keras tangan ai....wpun rupanya kurang tp rasa...emmm....seyes sedap...trylah...ni resepinya


Resepi asal: Mat Gebu<----mintak izin c&p yer cik MG
Bahan;-

2 ekor ketam saiz besar(ai masak 2kg sekali gus..huhu dlm 11 ekor<--sederhana besar jer)
2 camca besar sos cili (ai tambah cos mr crab mok byk)
1 camca besar cuka makan (x da stok plak kat umah... guna limau kasturi ganti muahhhh)
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
1 biji telur, dipukul sedikit
6 biji bawang merah*
4 biji cili merah*
1/2 inci belacan*
2 biji buah keras*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*dikisar halus)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan*
Hirisan cili merah, untuk hiasan*
Bawang goreng, untuk hiasan(*semua ai tandakan ni tak letak cos nak cepat makan n balik semula kat opis...siapa suh masak time lunch hour kan...kan dah kelam kabut makan n mengemas)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam dibersihkan, kerat kaki kecik, buang kulit kerasnya, jangkir ketam diketuk sedikit, ketam tu dikerat dua setiap ekor, kalau nak seko2 pun bolehh...
  2. Lap kering2 dan lumur dengan sedikit garam, goreng dalam minyak panas hingga ketam berubah warn jadi kemerahan. Angkat dan toskan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan untuk menumis. Masukkan bahan kisar halus dan sos cili tadi, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan cuka, air dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  4. Masukkan ketam, gaul rata dan masak sekejap. Tuang telur tadi disekeliling ketam. Biar sekejap dan gaul rata2 hingga menyaluti ketam tadi. Masak hingga pekat, matikan api. Alih dalam pinggan sesuai dan tabur dengan bahan2 hiasan. Hidangkan
Seyes sedap...makacih empunya resepi....if da ketam sesat lagik kat umah ai buat lagi...

Monday, January 17, 2011

Ibu Aisyah Wishlist 2011

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Allah melimpahkan rahmatNya untuk IbuAisyah menghirup udara di muka bumi lagi. Semoga ibu & ayah dipanjangkan usia dan dilimpahi rezeki untuk melihat anak ibu membesar dan berjaya menjadi khalifah di muka bumi ini....berjaya di dunia & akhirat. Aminnn...

Ini wishlist 2011 ibu. Akan di update dari masa ke semasa..semoga Allah mempermudahan:-

1) Desktop
2) Tambah simpanan dalam TH (dari keluar masuk, kekalkan ke empat angka at least RM3k)
3) Buka akaun TH untuk anak ibu (RM500.00)
4) Pindah rumah(tercapai pada 04/02/2011 bersamaan 1 Rabiulawal 1432H)
5) Mendeco living & dining rumah baru
6) Pasang aircond kat dalam master bedroom(tercapai pd 01/06/2011 pasang kat living room sekali)
7) Bercuti ke Sabah bersama famili
8) Tanam pokok pandan, serai, cili, sayuran sendiri (belakang rumah)
9) Boleh menjahit baju kurung untuk Aisyah
10) Pandai buat cupcake
11) Pandai buat roti
12) Tambah baju kerja (6 pasang)
13) Beli kasut kerja (2 pasang)
14) Setup bisnes kecil-kecilan

Saturday, January 15, 2011

Adoi...semaknya rumah ni....manalah tuan rumah..huhu

Assalamualaikum & bismillahirahmannirahim...

Wah...hutan belantara dah rumahibu aisyah ni...segala macam jenis hidupan dah join buat rumah dlm rumah ni...hehehe almost dekat nak setaun jugak lah tak hapdet belog ai ni...Aisyah si putri ai pun dah nak hampir setahun...
Inilah sicomel Aisyah ketika umo 5 month ++..
Ini plak pic terkini Aisyah...wuii garang nye muke...marah kat siapa ni cik aisyah comel...hehehe...