Tuesday, July 26, 2011

Apam polka dot



Ini salah satu makanan kesukaan Aisyah.

Buat nya pun mudah...cuma memerlukan sedikit kerajinan yang yang paling penting bahan nya mudah.








Aisyah Humairaa





Update terkini...
Si comel Aisyah yang terkini:-

-berjalan dah laju

-berlari sambil jengket kaki

-mengamuk sambil lembutkan badan macam orang buat gimnastik

-pandai bodek...hahaha

-tinggi setakat 26 Julai 2011 ini adalah 83 cm.

etc...etc...etc...



Jom tengok gelagat Aisyah ni

Wednesday, March 2, 2011

Welcoming

******************************
Ahlan wa sahlan

****************************

Tuesday, March 1, 2011

Selamat Ulangtahun Aisyah Humairaa

Bismillah....
Assalamualaikum belog...

Hari ni genap umo si comel ibu Aisyah Humairaa Sahari 12 bulan a.k.a 1 tahun. Pada tarikh ini setahun yang lalu kira-kira jam 10 pagi Aisyah selamat dilahirkan di SGH, Kuching. Wah dah besar anak ibu.

Aisyah dalam pelbagai aksi
Baru bangun tido

Main sembunyi-sembunyi ngan ibu di balik kusi


Letih belajar terus baring supaya abjad-abjad tu masuk ke otak hehehe

Main kat Parkson....huhuhu tak nak balik tu

Ibu tak reti nak luahkan sayang...apa pun kehadiran Aisyah amat ibu dan ayah syukuri. Semoga Aisyah membesar menjadi anak yang solehah, taat perintah Allah, taat perintah rasul...menjadi insan yang berjaya di dunia mahupun akhirat. Amin.




Monday, February 21, 2011

Nek Wa Aisyah

Assalamualaikum blog,
Sedih begitulah perasaan setiap kali menerima berita yang mendukacitakan. Itu sememangnya lumrah. Petang semalam ketika ibu aisyah tergesa-gesa nak balik...terima mms dari kakak....kata Wa (abang kepada bapak) sedang nazak di SGH. Innalillahi...ini mms yang kakak hantar...berserta mesejnya yang berbunyi "untuk kenangan"
Wa Kontil di hospital

Terasa hendak balik ke kpg ketika itu juga tapi keadaan tidak mengizinkan. Menghubungi kakak, kakak bagitau Wa dah dibawa balik ke rumah di kpg. Jam 11 lebih malam terima call kakak sulung dari kpg...menyampaikan berita yang Wa telah kembali kerahmatullah baru jer lebih kurang 5 minit katanya...dalam kol 12 lebih bapak pulak tepon. Innallillahi...Al-Fatihah buat allahyarham Wa Kontil bin Pudin yang telah kembali ke pangkuan Pencipta malam tadi. Hari ini akan dikebumikan di tanah perkburan Kpg Endap. Semoga roh nya sentiasa dicucuri rahmat. Amin

Tuesday, February 8, 2011

Perjalanan yang sedikit jauh

Bismillahirahmannirahim
Assalamualaikum...

Mood lepas coti panjang 4 hari ni merudum skit tapi kene gak teruskan. Maleh nak cita hal-hal kat opis so better ibu aisyah ni ita pasal si comel Aisyah...

1 februari ari tu genap umo si kecik ni 11 bulan tapi stil belum boleh berjalan sendiri...tak pa lah Aisyah...pelan-pelan...nanti dah pandai jalan sendirik payah ibu nak kejar plak.

Dan skarang perjalanan kami panjang skit nak ke opis berbanding ngan seblum ni. Kan ai da bagitau dlm n3 b4 ni kami dah pindah ke kawasan kejiranan baru....

Ni nak list b4 & after pindah umah ni;-
i) Dekat nak ke opis dan rumah pengasuh Aisyah dalam 5 minit sampai, tapi if ada gate nak blakang lagi ler cepat rasanya 2 minit sampai hehehe...tp masalahnya x da.

ii) Ambik masa lebih dari seploh minit nak ke opis..(hihihihi...mesti korang geramkan, macamlah jauh sangat) memang lah tak jauh sangat tp masa yang diambil tu lebih skit than mean jauh skit jer...

iii) Dulo umah tepi ada tanah lapang kat depan, blakang n tepi...da pokok mangga (tp bukan kami punya jiran seblah), pokok kari tinggi, serai

iv) Skarang dok umah keliling batu. Ada tingkap kat depan n blakang jek...tanah plak sekangkang kucing.....boleh la if nak tanam serai, cili ke...mangga bleh gak tapi if da membesar semak ler skit...(en. hubi dah try tanam mangga tapi meninggal dah kering kontang...haha)

v) Dulo bleh park sampai 4 buah keta sekali. Kena susun elok2 laa...

vi) Skarang paling banyak pun 2 keta n motosikal. Comel kan umah kami skarang...

vii) Dulo pengexploran Aisyah setakat kat living room n bilik tido.

viii) Skarang dia bleh mengensot sampai ke tempat sidai baju, washing machine...cos umah ni selebur jek....rata tanpa da step2 macam kat umah lama.

Setakat itu dulu lah, nanti dah rajin skit ai tambah...

Friday, February 4, 2011

Jumaat penghulu segala hari

Bismillahhirahmannirahim...
Assalamualamualaikum uol...pa kabar hari ni. Hari ni hari Jumaat a.k.a Friday (macamlah orang lain tak tau kan huk..huk..huk...) 4 Februari 2011 bersamaan 1 Rabiulawal 1432H. Inilah bulan dimana junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w dilahir..

Apa plan uol hari ni...ai pulak maybe menyambung usaha memindahkan barang ke rumah baru kami. Harap-haraplah keadaan mengizin dan Allah mempermudahkan.

Hari ni gak dengan jayanya secara rasmi pindah ke rumah baru kami. Huhu...penat nya ya ampun....Ok skarang step seterusnya nak mendeco rumah plak. Nak letak picca rumah macam segan jer...maklumlah orangnya sederhana so rumahnya pun sederhana saja. Takpa lah kan asal ada tempat berlindung kan....

Kami keluar dari rumah lama tepat jam 12.01 am pada 4 Februari 2011 bersamaan 1 Rabiulawal 1432H. Alhamdulillah....sungguh pun time tu Aisyah dah lena...kesian dia diangkat masuk keta. Pastu sambung tido kat rumah baru....barang-barang jgn kata lah....dari depan pintu masuk hingga ke dapur...berselerak. Tak per...pelan-pelan...ari ni mulakan tugas mengemas apa yang termampu...Insyaallah

Thursday, February 3, 2011

Happy Chinese New Year - Tahun Arnab

Ari ni coti-coti seluruh Mesia sempena raya Cina. Masyarakat Tionghao yang menyambut CNY ni selamat menyambut termasuklah boss ai yang skarang ni tengah beraya dengan familinya kat Johor and x-boss ai yang beraya ngan famili nya gak kat Kuching.

Ai plak menyambut gak hehehe dengan mr. hubi and si comel Aisyah....
Plan nak angkat barang yang mampu di bawa dengan si gagah kembara kami....

Wednesday, February 2, 2011

Yea..yeaa...cuti

Mood nak bercuti ni....so bersemangat nak siapkan kerja yang termampu disiap. Cuti 4 hari weii bleh guling-guling ngan Aisyah sesuka suki hati ini. Itulah bagusnya dok Mesia ni bukan Mesir yek...banyak perayaan so cuti umum ler jawab nya walaupun tak berapa nak celebrate...hehehe. Tapi plan nak pindah rumah...ntah jadi ntah tidak kene tanya en. hubi ni.

Selamat bercoti semua...

Tuesday, February 1, 2011

Genap my baby Aisyah 11 bulan

Bismillahirrahmannirahim...
Assalamualaikum....
Ari ni genap umo anak ibu 11 bulan...tak terasa masa berlalu dengan begitu cepat. Then time lunch tadi kuar ke clinic utk injection 2nd time JE...huhuhu kesian my baby meraung kejap.... kejap jer lah pastu ok...insyaallah semoga anak ibu sihat walafiat.
Aisyah Humairaa - 1 hari
*
*

Aisyah Humaira - gi clinic injection sebulan
*
*
*
*
*

Ini dia Aisyah Humairaa 11 bulan.







Monday, January 31, 2011

Singapore chili crab..nyum..nyum..

Bismillah...& assalamualaikum..
Ni n3 tertunda...saje jer utk record sendiri. If tahap kerajinan menghapdet belog menjulang tinggi ni better ai grab haha....so ai letak lah menu lunch ai & hubi last friday...Singapore Chili Crab... ai ni tukang masak amatur so tak pasti lak apsal dipanggil singapore maybe resepi ni asal from singapore kot.....huhu... Resepi ni ai cNp dari belog pakar masakan cik mat gebu kat sini

Thank you cik MG...marbeles...ai n mr. hubi jer yang membelasah hampir 2kg si crab ni..huhuhu...ingat nak bawak lik kg tapi ketam2 ni macam nak membusuk kan diri jer...so better dikorbankan sebelum terkorban masuk tong sampah.
Mesti mengucap en MG tengok resepi dia jadi macam ni tak selawo dlm belog dia hahaha...inilah hasil keras tangan ai....wpun rupanya kurang tp rasa...emmm....seyes sedap...trylah...ni resepinya


Resepi asal: Mat Gebu<----mintak izin c&p yer cik MG
Bahan;-

2 ekor ketam saiz besar(ai masak 2kg sekali gus..huhu dlm 11 ekor<--sederhana besar jer)
2 camca besar sos cili (ai tambah cos mr crab mok byk)
1 camca besar cuka makan (x da stok plak kat umah... guna limau kasturi ganti muahhhh)
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
1 biji telur, dipukul sedikit
6 biji bawang merah*
4 biji cili merah*
1/2 inci belacan*
2 biji buah keras*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*dikisar halus)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan*
Hirisan cili merah, untuk hiasan*
Bawang goreng, untuk hiasan(*semua ai tandakan ni tak letak cos nak cepat makan n balik semula kat opis...siapa suh masak time lunch hour kan...kan dah kelam kabut makan n mengemas)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam dibersihkan, kerat kaki kecik, buang kulit kerasnya, jangkir ketam diketuk sedikit, ketam tu dikerat dua setiap ekor, kalau nak seko2 pun bolehh...
  2. Lap kering2 dan lumur dengan sedikit garam, goreng dalam minyak panas hingga ketam berubah warn jadi kemerahan. Angkat dan toskan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan untuk menumis. Masukkan bahan kisar halus dan sos cili tadi, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan cuka, air dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  4. Masukkan ketam, gaul rata dan masak sekejap. Tuang telur tadi disekeliling ketam. Biar sekejap dan gaul rata2 hingga menyaluti ketam tadi. Masak hingga pekat, matikan api. Alih dalam pinggan sesuai dan tabur dengan bahan2 hiasan. Hidangkan
Seyes sedap...makacih empunya resepi....if da ketam sesat lagik kat umah ai buat lagi...

Monday, January 17, 2011

Ibu Aisyah Wishlist 2011

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Allah melimpahkan rahmatNya untuk IbuAisyah menghirup udara di muka bumi lagi. Semoga ibu & ayah dipanjangkan usia dan dilimpahi rezeki untuk melihat anak ibu membesar dan berjaya menjadi khalifah di muka bumi ini....berjaya di dunia & akhirat. Aminnn...

Ini wishlist 2011 ibu. Akan di update dari masa ke semasa..semoga Allah mempermudahan:-

1) Desktop
2) Tambah simpanan dalam TH (dari keluar masuk, kekalkan ke empat angka at least RM3k)
3) Buka akaun TH untuk anak ibu (RM500.00)
4) Pindah rumah(tercapai pada 04/02/2011 bersamaan 1 Rabiulawal 1432H)
5) Mendeco living & dining rumah baru
6) Pasang aircond kat dalam master bedroom(tercapai pd 01/06/2011 pasang kat living room sekali)
7) Bercuti ke Sabah bersama famili
8) Tanam pokok pandan, serai, cili, sayuran sendiri (belakang rumah)
9) Boleh menjahit baju kurung untuk Aisyah
10) Pandai buat cupcake
11) Pandai buat roti
12) Tambah baju kerja (6 pasang)
13) Beli kasut kerja (2 pasang)
14) Setup bisnes kecil-kecilan

Saturday, January 15, 2011

Adoi...semaknya rumah ni....manalah tuan rumah..huhu

Assalamualaikum & bismillahirahmannirahim...

Wah...hutan belantara dah rumahibu aisyah ni...segala macam jenis hidupan dah join buat rumah dlm rumah ni...hehehe almost dekat nak setaun jugak lah tak hapdet belog ai ni...Aisyah si putri ai pun dah nak hampir setahun...
Inilah sicomel Aisyah ketika umo 5 month ++..
Ini plak pic terkini Aisyah...wuii garang nye muke...marah kat siapa ni cik aisyah comel...hehehe...