Wednesday, May 12, 2010

Aisyah oh Aisyah...

Pagi ini Aisyah ceria seperti selalu. Senyum apabila dipanggil namanya. Disebabkan ibunya ini sentiasa kelam kelibut setiap pagi even try dah adjust time to wake up dari kol 5.00 am ke 4.30 am still gak ribut. Maybe ribut kecik dan sometimes ribut besar skit...Berlaku ribut kecik bila Aisyah meragam & ribut besar bila ayah kata dia kene awal ke ofis. Huhu...ibu aisyah...ibu Aisyah...camna nak jadi cepat & tangkas macam mak dulo2 ek...

Dan malam tadi start masuk rumah lepas ambik Aisyah dari rumah pengasuh Aisyah melagukan tangisannya.....sampai tak der suara si comel ibu menangis..kesiannya...ayah & ibu start gabra...ibu ambik phone call bapak kat kpg.

Ibu Aisyah: Pak, camne nak redakan baby nangis..huhu aisyah menangis sik maok berenti tok.

Bapak: (Dengan tenang) Bacakan surah Al-Fatihah + Ayat Kursi + Surah Al-Ikhlas + Surah An-Nas+Surah Al-Falaq. Lepas tu tiup kat seluruh badan Aisyah.

Thanks bapak. Banyak gak petua lain diterima, bapak ni last ditanya terok tol la ibu Aisyah ni...Tu baru anak sorang

Tuesday, May 11, 2010

Meredakan bayi menangis

Pagi ni dah 3 hari mataku bengkak...huhuhu ketumbit tapi tak masak-masak. Just bengkak dan ini menjadikan mataku yang kecik menjadi semakin kecik n sebaris. Alhamdulillah Allah bagi dugaan kecik ini untuk aku merasa nikmat ketika sakit.

Aisyah pulak semenjak menginjak umo 2 bulan ni mempunyai feel baru. Menangis ketika nak tido. Menangis yang betol2 sampaikan ibu & ayah yang kurang ilmu keibubapaan ni gabra tahan gaban. Mana tak nya Aisyah menangis sampai hilang suara huhuhu...janganlah macam tu nak oi...takott ibu.

Dan ini tips yang aku perolehi dengan menggoggle tadi....baca surah Al-fatihah 7X sambil mengusap kepala baby. Aku ku cuba if Aisyah masih mengamalkan tabiat barunya ini.

Thursday, May 6, 2010

Nak balik kampung

Terasa sesangat nak balik kampung tapi asal ada jer kekanggan yang perlu aku hadapi.

Tambahan pulak cousin yang dok seblah umah kat kampung kawin ...kuat sangat pengaruh nak balik huhuhu...mana nak cekau duit ni...

If jadi balik nak naik apa ekk...MAS ke A.Asia...Dah tengok dah rega tiket...A.Asia pun mahal huhuAtau

Wednesday, May 5, 2010

Impianku...

Di dalam keluarga ku yang aku kenal dari kecik hinggalah dewasa tiada yang terlibat dalam perniagaan selain emakku. Emak pernah berniaga barangan runcit, jual kuih-muih, jual barangan hasil kebun emak. Tapi sekarang setelah emak pergi tiada siapa pun di antara kami adik beradik yang meneruskan kerajinan emak berniaga walaupun secara kecil-kecilan.

Dan.....disini aku ingin sekali meneruskan hasil pencarian emak dulu untuk membantu bapak. Jika nak harapkan gaji bapak mana cukup nak memberi makan & pakai serta menyekolahkan 7 orang anak.

Ya...ya...impian aku ingin sekali nak berniaga. Tapi...nak mulakan macam mana? Ada ke penggunanya? Barang apa yang nak dijual? Dan akhir sekali mana nak carik modal? Tapi yang penting jugak apa yang boleh aku niagakan? Huhuhu....susah jugak nak mulakan perniagaan ni yek dengan modal seciput??? Dapat ke.............

Aisyah Humairaa

1 Mac 2010, my baby lahir ke dunia ni tepat jam 10:37 pagi. Comelnya dia....Aku ngan suami aku asyik nak gomol2 jer pipi Aisyah ni. Kesian Aisyah jumpa ayah & ibu macam kami hik..hik...

Then... 1 April 2010 gi injection untuk umo sebulan. Ni Aisyah yang susah sangat nak tengok mata dia di siang hari tapi sebelah malam mata ayah & ibu nya yang tak tahan melihat nya cos Aisyah tido siang and berjaga malam....

3 Mei 2010 pulak gi injection untuk umo 2 months. Meragam sekejap Aisyah selepas ambik injection ni sampaikan ibunya ambik cuti. Tapi hari ini 5 Mei 2010 Aisyah ceria n sihat semula.